----------------------------------------------
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya
hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan
berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan
dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak
tidur,
Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli
rumah-rumah
di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasulullah S. A. W. bersabda "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Dari sebuah hadis ada di ceritakan ALLAH s.w.t. telah
menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya
bagi kegunaan Adam untuk memasak.
Malaikat Malik pun bertanya"Wahai Jibril
! berapa banyakkah yang kamu mahu ?
"Sebesar buah tamar, jawab Jibril.
Kata Malik, "tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu
mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana
kepanasannya."
Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab
Malik,"Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan
walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah."
Malaikat Jibril
lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul.
ALLAH
lalu berfirman,"Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril
mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di
syurga.
Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak
gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit
maka api itulah yang digunakan hingga sekarang..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar